BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, 31 May 2013

Awak.

Awak..

saya masih ingat lagi janji-janji 
awak yang dulu.
LETS BYGONES BE BYGONES LIFE MUST GO ON !
awak cakap, walau apapun yang terjadi 
awak tetap tunggu saya.
mungkin betul salah saya, 
sebab saya yang tinggal awak dulu.
saya pun dulu suke sakitkan hati awak,,
tapi sebenarnya saya memang 
suke buat macam tu..
bile saya tengok awak marah, saya rasa 
happy sebab saya rasa macam awak
sayang saya sangat-sangat...
Awak..
saya tahu semua ni berpunca daripada saya,
saya terlalu ego,,
saya terlalu pentingkan diri saya sendiri,
saya terlalu ikutkan perasaan ,.
tapi kenapa awak janji dengan saya?
kenapa mesti janji?
Awak..
sebenarnya kan, saya tak pernah 
curang dengan awak.
saya tak pernah duakan awak.
walaupun saya selalu cakap kat awak 
yang saya ada orang lain,
sebenarnya saya x maksudkannya pun..
ye lah kan?
salah saya jugak,, sebab saya tahu
 awak tak suke
saya main gurau macam tu..
Awak.
setiap kali ada kawan-kawan lelaki saya ajak saya jadi
'couple' dia orang saya mesti tolak,
sebab saya ingat janji-janji awak.
berat jugak kite ni nak lepaskan dia orang.
tapi berat lagi hati kite ni nak lepaskan awak. =)
tapi tak ape..saya tak kesah pun semua tu..sebab
saya cuma nak yang terbaik untuk awak..
Awak.
bile saya dapat tahu,
awak dah buat istikarah untuk memilih jodoh awak,
dan jodoh yang awak pilih ialah dia,.
bukan saya..
saya diam je..
sebab tu bukan keputusan awak,
tu keputusan Allah kan awak?
takpe, saya terima semua tu.. 
saya doakan kebahagiaan awak. =)
Awak.
saya harap, awak 
dapat doakn kebaikan untuk saya.
dan doakan yang terbaik untuk saya
dan doakan saya dapat jodoh yang
baik macam awak . =)
Saya Tetap Sayang Awak Sebagai Kawan Saya !

Thursday, 30 May 2013

Happy Birthday Sis !!



























Wednesday, 29 May 2013

Mr.choclate



Kita tak akan bisa mengawal jika ia berkaitan tentang cinta, makin kita nak melupakannya semakin ia tebal melekat di hati ini.
*****
“Hai awak!, boleh kenalan tak ?”.
Seorang mamat mendekati aku dengan wajah yang selekeh just a simple guy, tapi yang menariknya ada lesung pipit kat tempat pipinya, namun aku tidak ingin melayan perasaan ini. Walau terkadang hati ini ingin mendekatinya kerana ada sesuatu didalam dirinya yang membuat aku terasa ingin dekat selalu.
“Awak nak coklat Toblerone tak ?
Mamat nih dah memang blur ke, baru je kenal dah nak suruh aku ambil coklat, dahlah susah sangat nak sebut nama coklat tuh, berbelit2 lidah ini nak sebut. “Ermmm”, hanya itu yang mampu aku katakan kepadanya.
“Awak nak tak?, janganlah malu2 kucing”
Malu kucing apanya, apalah mamat nih, senang je nak bagi coklatnya kat orang lain, sorry ! saya tidak boleh terima hadiah atau pemberian seseorang yang belum saya kenal.
Nak terima ke atau tak nak ? , ini yang buat otak aku pening nak fikir2.
“Emak aku cakap, jangan mudah nak terima pemberian seseorang yang kita belum kenal, nanti ada maksud disebalik pemberian sesorang tuh”, hehe…terpaksalah aku jual mahal sikit, harap2 dia akan mengalah agar tidak memaksa aku untuk terima coklat kegemaraanya.
Wah !, boleh tahan jugak mamat satu nih, asyik dengan coklat je,” tak boring ke ? asyik makan coklat”, tiba2 je keluar soalan spontan dari mulut aku membuat mamat tuh tersenyum sengeh.
“Aku bagi dengan niat ikhlas tak ada maksud yang tersirat mahupun tersurat, kalau tak sudi tak apalah. Saya memang suka sangat makan coklat nih, kalau tak dapat makan mesti tak boleh tidur”, balas mamat tuh atau lebih tepat mr.chocolate.
“Tapi boleh tak kita kenalan?”. Mamat tuh bertanya lagi.
“Kalau saya kata tak boleh, awak terima tak jawapan dari saya”, lah biasalah nak cuba mengelak sikit, tak kan nak cakap terus terang kat mamat tuh yang aku nak juga berkenalan, mestilah jual mahal sikit barulah best jalan cerita aku dengan mamat nih. (hahaha dalam hati tak ada siapa yang tahu betapa aku terpikat dengan gayanya yang begitu apa kata orang gaya macho, hehehe….gelak sopan dalam hati).
“Kalau tak sudi pun tak apa, saya tak akan paksa awak untuk menerima saya dalam hidup awak”.
Lain jer bunyinya, aku merasa pelik dengan setiap jawapannya, kerana dia tak pernah memaksa aku untuk menerimanya, perlu kah aku berlembut hati dan menerimanya.
“Ermm….., awak serius ke nak berkenalan dengan saya”, usik aku atau lebih tepat aku adalah salina gadis ayu yang suka bertudung purple, suka pada kedamaian walaupun terkadang memang nakal apatah lagi bila ada kaitan dengan hati.
“Biarlah saya fikir dulu nak terima awak atau tak”, usik salina.
“Baiklah awak fikir dulu, saya tidak akan paksa untuk awak menerima saya tapi kalau ada jodoh antara kita, pasti akan berjumpa lagi kat tempat ini”, balas mr.chocolate.
“Macam mana kita nak berjumpa kalau saya tak tahu nama awak?”, balas salina tersengeh.
“Masa kita jumpa nanti, barulah saya bagi tahu nama saya dan masa ini terpulanglah awak nak panggil saya apa, saya akan terima sebab setiap kata dan bicara dari awak tetap saya suka”, balasnya lagi sambil mengusik hati ku.
“Kalau itu dah awak kata, saya tak boleh nak paksa”, balas salina.
****
Namun cinta yang datang bukan sekadar hanya kerana sebuah satu rasa namun ia lebih dari itu, coklat itu telah menghubungkan aku dengan dirinya, di mana dia adalah pujaan hati ku ketika ini dan lebih tepat lagi dia adalah kekasih hatiku Mr.chocolate atau nama sebenarnya Mohd. Haikal Ridzuan.
“Awak ingat tak lagi masa kita mula2 bertemu”, usik haikal.
“Mestilah ingat tak kan tak ingat, hari itu kan adalah hari yang paling bererti antara kita berdua”, balas salina.
“Sekarang awak nak tak lagi coklat kesukaan saya”, haikal mengusik salina.
“Mestilah nak, kan itu tanda pertemuaan kita berdua”, balas salina dengan senyuman bahagia.
“Esok adalah hari bersejarah antara kita berdua, awak terima tak hadiah perkahwinan kita hanya sekadar coklat Toblerone ”, usik haikal yang ingin menduga hati kekasihnya.
“Ermmm…..saya akan terima walau hanya sekadar coklat, kerana hati ini telah awak miliki, saya tak akan minta sesuatu yang tak mampu awak berikan kepada saya”, usik salina.
“Ye ke…..salina, betul ke bagai di kata, balas haikal penuh mesra.
“Yalah….haikal, memang betul apa yang saya katakan”, dengan penuh mesra salina membalas dan menghadiahkan senyuman yang paling menawan buat mr.chocolate aka haikal.
TAMAT

Sahabat


Sahabat.
andai esok aku mulai lupa,
kau ingatkanlah aku,
andai esok aku mulai angkuh,
kau sedarkanlah aku,
andai esok nafasku terhenti,
kau maafkanlah aku,

Sahabat.
hadirmu dalam hidupku..
umpama cahaya yang sentiasa bersinar..
hadirmu dalam hidupku..
umpama permata yang berkilauan..
hadirmu dalam hiduku..
umpama mutiara didalam lautan..

Sahabat..
hanya satu ku pinta,
ku pinta kau sentiasa untukku.
hanya satu ku pinta,
ku pinta kau ada bersamaku.
hanya satu ku pinta,
ku pinta kau bersatu dengan hatiku.


Monday, 27 May 2013

Saat Bersua Pertemuaan





pertemuan itu terjadi lagi,
tanpa dapat ku elakti,
pertemuan itu tanpa dirancang,
munculnya si dia,
di persimpangan jalan,
memberi senyuman yang tak pernah lekang..
persoalan mula muncul di minda,
adakah si dia tercipta untukku.?
banyaknya orang sedang berkata,
terciptalah Hawa dari rusuknya Adam,
maka begitu jugalah kita hendaknya..
mengharap Adam mencari aku,
yang kuharap dia yang di persimpangan,
itu..mencari aku yang sering menanti..
kepada Allah aku berdoa,
semoga aku menjadi rusuknya.


Friday, 24 May 2013

Hati Yang Meridu


Hati..
aku menangis dalam gembira..
Hati..
aku meronta dalam terpana..

aku melihat apa yang dicipta-Nya..
aku merasa apa yang tiada..
aku terseksa dalam bahagia..
jika aku punyai cara,
akan ku usaha hingga akhirnya,
supaya aku tidak merasa,
derita , sengsara yang melanda..,,

Hati..
aku kembali mencari takwa..
aku kembali mengenali cinta..
aku kembali memperoleh harta..

Hati..
Takwa yang di redhai-Nya
Cinta yang di beri oleh-Nya
Harta yang di pinjam dari-Nya

Hati, kini aku kenal sudah Dia , aku kenal sudah Rindu...
Rindu yang berbisik pilu. Rindu yang tak mungkin akan bertamu..
Rindu yang didamba semua..
Hati kaulah yang membisik Rindu..
Rindu kamu kepada Dia tidak dapat disangkal lagi..
Dialah jawapan kepada Hati Yang Merindu ini.. 

Thursday, 23 May 2013

Saat Kedukaan Bertandang Di Hati



saat kedukaan bertandang dalam hati,
aku sering kehilangan kata.,
kehilangan arah..
kehilangan tujuan.,
tetapi,
aku masih belum kehilangan tempat mengadu.,
hanya pada-Mu Ya Allah.,
seandainya dia bukan milikku.,
kau jauhkanlah hatiku dengan hatinya.,
supaya rasa yang bertandang ini tidak setia dihatiku.,
seandaiya dia memang milikku.,
kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya., =)
sehingga kebahagiaan bertandang di lubuk hatiku ini..