BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 13 August 2013

Sekali Lagi !

Ya ! Hari ini sekali lagi aku mengalami masalah yang sama. aku terlalu penat dengan semua yang berlaku. aku tak mampu untuk menghadapinya. adakah ini ujian yang akan aku harungi semenjangkaunya usiaku 17 tahun? jika ini yang perlu aku hadapi kau kuat kan lah hatiku Ya Allah. tangan ditadah dengan sepenuh hati aku bermohon kehadrat-Mu . Aku kebuntuan . Aku tidak tahu bagaimana harus aku menyelesaikannya dan apa yang harus aku lakukan. kakak-kakakku yang selama ini sentiasa memenuhkan ruang hatiku dengan rasa gembira dan saling memerlukan sudah menghilang, menghilang pergi bersama rasa gembiraku selama ini. Aku kerinduaan, rindu akan rasa gembira itu. Aku terpaksa menahannya. Aku juga tahu bahawa aku perlu kuat menghadapi semua ini.

Pesanana buat kakak-kakakku yang aku cintai !

Jodoh itu milik Allah. Kita hanya merancang, segalanya telah tertulis. Setiap perjalanan kehidupan pasti ada halangannya sblm tiba ke destinasi. Jgn menuruti nafsu melebihi tuntutan Allah utk mentaati ibu bapa(ini adalah berbeza dr restu).berusaha utk mencari & menjadi pasangan yg terbaik bukanlah kesalahan tetapi mengawal nafsu dan adab pergaulan adalah perkara yg terbaik utk memelihara maruah diri & keluarga

Sunday, 11 August 2013

Kenape?

Alahai hati kenapa lah kau ni rapuh sangat?
semalam,kau meragam saat melihat si dia yang berbaju melayu biru.. aduhai hati kenapa perlu kau menyiksa aku? hati kenapa perlu kau menusuk perasaan ku?
aku menunggu kehadiran dia setiap saat.. hati kenapa dia memberikan ku senyuman sebegitu indah sehingga aku tidak mampu melupakannya. semakin aku cuba untuk melupakannya, semakin kerap dia muncul dalam hidupku, aku harap aku  tidak akan terus leka dengan perasaan ini. Perasaan yang aku tahu bahawa jika aku terus membawanya , hatiku akan mati selamanya untuk menerima cinta dari seorang manusia yang bergelar lelaki.

My Sweet Seventeen >,< (10/08/13)

Allamdulillah,
Usia aku sudah menjangkau 17 tahun.
sudah besar anak mak ye, hehehehe hmmmm semalam ada buat majlis kat umah walaupun king ngan ucuk tak datang . tapi tak ape, aku ok je, aku dah besar.. entah apa yang aku nak cakap ,tapi aku harap kesabaran aku dapat jadi sematang umur aku. Insyaallah.

Wednesday, 7 August 2013

Aidilfitri Ku.

Ahlan wasahlan Ya Aidilfitri.

itulah kata-kata yang terdetik dihatiku saat takbir raya berkumandang. Air mata bergenang di kelopak mataku, aku tertanya-tanya adakah lebaran aidilfitri kali ini akan bermakna seperti tahun-tahun yang lepas? itulah persoalan yang sering mengejar benakku sejak Ramadhan baru-baru ini, persoalan yang tercetus selepas perbalahan antara aku dan along dua minggu lepas. Perkara yang amat mengecewakan aku, aku meras seperti tidak mahu melalui hari esok, tapi apakan daya?Buat pertama kalinya aku merasa seperti kehilangan seorang kakak yang dahulunya amat akrab dengan ku. tetapi kini aku kehilangannya hanya kerana seorang lelaki. Ya Allah kuatkanlah aku untuk menghadapinya. Aku tidak tahu,apa salahku yang sebenarnya sehinggakan aku merasa dia begitu benci akan ku. Kuserahkan segalanya kepada-Mu Ya Allah.

Tuesday, 6 August 2013

Kuat.

Noor Syahirah Binti Azmi. Ya itulah namaku, aku yang sentiasa memerlukan kekuatan untuk melalui zaman remajaku. Aku hanya mengharapkan secebis kasih sayang, secebis rasa simpati dan secebis kegembiraan. Hati selalu tertanya-tanya mengapa harus aku yang melaluinya? Iman di dada menjawap "wahai Syahirah sesungguhnya Allah sedang menguji mu. Allah sedang melihat ketabahan mu. Allah sedang menguatkan cintamu kepada-Nya" Aku hanya tersenyum sendirian, kadang-kadang aku tertawa kadang-kadang aku menangis. Aku keiru, mengapa harus begitu? Hanya secebis kekuatan yang aku perlukan. Kekuatan yang boleh menjadikanku kuat ! yang dapat mengajarku erti pahit manisnya kehidupan yang telah diatur oleh-Nya.

Friday, 2 August 2013

Saat Ku Merindui Dirimu !

setiap kali aku memikirkan diri mu,
aku jadi x menentu..
kadang-kadang aku tertanya-tanya..
adakah aku benar merindui mu?
atau itu hanya perasaan,.
aku mengharapkan jawapan !!