Ahlan wasahlan Ya Aidilfitri.
itulah kata-kata yang terdetik dihatiku saat takbir raya berkumandang. Air mata bergenang di kelopak mataku, aku tertanya-tanya adakah lebaran aidilfitri kali ini akan bermakna seperti tahun-tahun yang lepas? itulah persoalan yang sering mengejar benakku sejak Ramadhan baru-baru ini, persoalan yang tercetus selepas perbalahan antara aku dan along dua minggu lepas. Perkara yang amat mengecewakan aku, aku meras seperti tidak mahu melalui hari esok, tapi apakan daya?Buat pertama kalinya aku merasa seperti kehilangan seorang kakak yang dahulunya amat akrab dengan ku. tetapi kini aku kehilangannya hanya kerana seorang lelaki. Ya Allah kuatkanlah aku untuk menghadapinya. Aku tidak tahu,apa salahku yang sebenarnya sehinggakan aku merasa dia begitu benci akan ku. Kuserahkan segalanya kepada-Mu Ya Allah.



0 comments:
Post a Comment