Wahai Puteriku,
Lembutmu tidak beerti andai kau mudah dijual beli,
kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti.
Lembut bukan hiasan bukan juga kebanggaan
Tapi kau sayap kiri bagi suami yang sejati.
Puteriku,
Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu ada rahsia agung yang tersembunyi
dalam diri,
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana,
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan agama
Tiada siapa yang dapat boleh merampasnya,
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama dari
dirobohkan jua dari dibinasakannya
Wahai Puteriku Sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya.
Friday, 27 September 2013
Nasihat Buat Puteri,
Posted by chikyah at 09:23 0 comments
Tuesday, 13 August 2013
Sekali Lagi !
Ya ! Hari ini sekali lagi aku mengalami masalah yang sama. aku terlalu penat dengan semua yang berlaku. aku tak mampu untuk menghadapinya. adakah ini ujian yang akan aku harungi semenjangkaunya usiaku 17 tahun? jika ini yang perlu aku hadapi kau kuat kan lah hatiku Ya Allah. tangan ditadah dengan sepenuh hati aku bermohon kehadrat-Mu . Aku kebuntuan . Aku tidak tahu bagaimana harus aku menyelesaikannya dan apa yang harus aku lakukan. kakak-kakakku yang selama ini sentiasa memenuhkan ruang hatiku dengan rasa gembira dan saling memerlukan sudah menghilang, menghilang pergi bersama rasa gembiraku selama ini. Aku kerinduaan, rindu akan rasa gembira itu. Aku terpaksa menahannya. Aku juga tahu bahawa aku perlu kuat menghadapi semua ini.
Pesanana buat kakak-kakakku yang aku cintai !
Jodoh itu milik Allah. Kita hanya merancang, segalanya telah tertulis. Setiap perjalanan kehidupan pasti ada halangannya sblm tiba ke destinasi. Jgn menuruti nafsu melebihi tuntutan Allah utk mentaati ibu bapa(ini adalah berbeza dr restu).berusaha utk mencari & menjadi pasangan yg terbaik bukanlah kesalahan tetapi mengawal nafsu dan adab pergaulan adalah perkara yg terbaik utk memelihara maruah diri & keluarga
Posted by chikyah at 20:21 0 comments
Sunday, 11 August 2013
Kenape?
semalam,kau meragam saat melihat si dia yang berbaju melayu biru.. aduhai hati kenapa perlu kau menyiksa aku? hati kenapa perlu kau menusuk perasaan ku?
aku menunggu kehadiran dia setiap saat.. hati kenapa dia memberikan ku senyuman sebegitu indah sehingga aku tidak mampu melupakannya. semakin aku cuba untuk melupakannya, semakin kerap dia muncul dalam hidupku, aku harap aku tidak akan terus leka dengan perasaan ini. Perasaan yang aku tahu bahawa jika aku terus membawanya , hatiku akan mati selamanya untuk menerima cinta dari seorang manusia yang bergelar lelaki.
Posted by chikyah at 05:06 0 comments
My Sweet Seventeen >,< (10/08/13)
Allamdulillah,
Usia aku sudah menjangkau 17 tahun.
sudah besar anak mak ye, hehehehe hmmmm semalam ada buat majlis kat umah walaupun king ngan ucuk tak datang . tapi tak ape, aku ok je, aku dah besar.. entah apa yang aku nak cakap ,tapi aku harap kesabaran aku dapat jadi sematang umur aku. Insyaallah.
Posted by chikyah at 04:43 0 comments
Wednesday, 7 August 2013
Aidilfitri Ku.
Ahlan wasahlan Ya Aidilfitri.
Posted by chikyah at 10:11 0 comments
Tuesday, 6 August 2013
Kuat.
Posted by chikyah at 18:27 0 comments
Friday, 2 August 2013
Saat Ku Merindui Dirimu !
aku jadi x menentu..
kadang-kadang aku tertanya-tanya..
adakah aku benar merindui mu?
atau itu hanya perasaan,.
aku mengharapkan jawapan !!
Posted by chikyah at 10:32 0 comments




